CIMB Group melaporkan prestasi kewangannya bagi sembilan bulan pertama tahun 2019.
Keuntungan sebelum cukai (PBT) adalah RM4.9 bilion, menjadikan pendapatan sesaham (EPS) adalah 38.4 sen.
Pendapatan operasi CIMB meningkat 7.2 peratus tahun demi tahun ke RM13.27 bilion.
Pertumbuhan dalam pemberian pembiayaan meningkat 5.6 peratus untuk CIMB. Di mana, pertumbuhan pembiayaan di Thailand meningkat 9.0 peratus, Malaysia tumbuh 4.5 peratus.
Nisbah biaya ke simpanan (LDR) adalah 91.6 peratus.
Penambahbaikan prestasi kewangan CIMB dipacu oleh pertumbuhan perbankan komersial (CB) bank itu.
PBT CB tumbuh 102.4 peratus tahun demi tahun ke RM1.37 bilion.
PBT perbankan borong (WB) meningkat 16.7 peratus ke RM1.5 bilion.
Namun, perbankan runcit kuncup 36.2 peratus ke RM1.35 bilion kerana OPR dipotong dan provisi MFRS9 dan sewaktu dengannya telah memberi impak negatif terhadap perbankan runcit CIMB.
CIMB Islamic pula menambah baik PBT sebanyak 24.5 peratus ke RM945 juta.