Artikel

MIHAS 2020 Sasar Kehadiran 35 Ribu Pengunjung, 5% Peningkatan Transaksi Jualan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan meletakkan sasaran sebanyak 5 peratus pada nilai transaksi jualan menjelang acara 2020 nanti.

Beliau memberi makluman ketika mengadakan sidang media pada acara Pra Pelancaran MIHAS 2020 di ibu negara.

Lebih 35,000 pengunjung dari 90 negara turut menjadi sasaran MIHAS 2020. Sasaran tersebut akan dicapai menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Untuk makluman pembaca, acara ini akan berlangsung pada 1 hingga 4 April 2020 di MITEC, Kuala Lumpur.