Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Razif Abdul Aziz berkata Malaysia kian ketandusan idea untuk mencetuskan startup yang benar-benar inovatif.
Beliau berkata demikian sempena melancarkan Cradle Startup Awards di Kuala Lumpur hari ini.
“Kami (Cradle) menerima sekitar 600 hingga 700 permohonan untuk mendapat geran, namun sekitar 80% dari ini adalah berbentuk digital seperti e-perniagaan, apps, software, kandungan, dan perkhidmatan,” kata Razif.
“Walaupun angka ini memberangsangkan, ini tidak bermakna startup di Malaysia berinovatif,” tambah beliau lagi.
“Kebanyakan idea ini adalah idea yang pernah dilakukan oleh pihak lain, mana startup dalam sektor biologi, teknologi hijau, atau sains kehidupan?” ujar Razif.
Menurut Razif, startup berinovatif dalam sektor-sektor di atas sangat diperlukan di pasaran Malaysia mahupun antarabangsa.
CIP300 merupakan geran pra-komersial yang memberikan geran bersyarat kepada startup yang berkelayakan.
Startup yang layak, boleh mendapat sehingga RM300 ribu bertujuan untuk membantu pengasas syarikat startup untuk bina produk dan perkhidmatan mereka memasuki pasaran.