Artikel

Kerajaan Negeri Sarawak Saman Petronas Kerana Gagal Membayar Royalti

Kerajaan negeri Sarawak telah membawa kes terhadap Petronas ke mahkamah.

Ini berhubung dengan tuduhan bahawa Petronas tidak membayar cukai negeri 5% terhadap barangan petroleum.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata sebuah writ saman telah difailkan terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada Khamis 21 November 2019.

Kes saman ini telah difailkan oleh kerajaan negeri melalui jabatan percukaian.

“Seperti disebutkan sebelum ini, Petronas tidak membayar cukai negeri terhadap penjualan barangan petroleum di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998, yang dibayar ke negeri,” kata Sharifah Hasidah.

Sebanyak 5% cukai terhadap jualan barangan petroleum diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November tahun lepas, dan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini.

Pada 4 November 2019, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata di dalam ucapan belanjawan negeri, bahawa mereka telah mengeluarkan notis terhadap Petronas untuk membayar cukai terkebelakang ini.

Petronas belum memberi komen buat masa ini.