Artikel

AirAsia Menerima Pesawat A321neo Pertamanya

AirAsia menerima pesawat A321neo pertamanya dalam majlis penyampaian yang berlangsung di Hamburg, Jerman. 

Pesawat tersebut merupakan pesawat pertama yang disampaikan dari sejumlah 353 buah pesawat A321neo yang telah ditempah oleh syarikat penerbangan itu.

Pesawat A321neo akan membolehkan AirAsia untuk mempertingkatkan penawaran kapasiti penerbangan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat diseluruh rangkaiannya.

AirAsia akan memulakan operasi pesawat tersebut dengan membuat penerbangan dari habnya di Kuala Lumpur ke bandar-bandar besar di seluruh Asia. 

Di antara destinasi-destinasi pertama pesawat baru it adalah Kuching, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok dan Shenzhen.

Pesawat AirAsia A321neo menampilkan susun atur kelas tunggal sejumlah 236 tempat duduk di dalam kabin pesawat lorong tunggal yang paling lebar di udara.

Pesawat A321neo merupakan sebahagian dari keluarga pesawat A320 yang paling laris. 

Ia menawarkan penjimatan bahan api sehingga 20% serta 50% lebih senyap berbanding generasi pesawat sebelumya. 

Keluarga pesawat A320neo menggabungkan teknologi terunggul yang turut merangkumi enjin generasi terkini dan Sharklets. 

Pada penghujung bulan Oktober 2019, keluarga pesawat A320neo telah menerima sejumlah 7,000 tempahan muktamad dari lebih 110 pelanggan di seluruh dunia.