Artikel

Keuntungan Sebelum Cukai Pharmaniaga RM4 Juta, Selepas Cukai RM0.4 Juta

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2019, Pharmaniaga Berhad mencatatkan untung sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4 juta, penurunan sebanyak 77.9% untuk suku yang sama tahun sebelumnya.

Mereka mencatatkan untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM0.4 juta, disebabkan peningkatan perbelanjaan operasi.

Syarikat ini menyatakan bahawa penurunan keuntungan adalah “disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih tinggi”. 

Syarikat ubatan ini meraih hasil lebih tinggi pada RM717 juta, dengan peningkatan sebanyak 22.0% berbanding RM588 juta pada suku tahun sebelumnya. 

Pharmaniaga mencatatkan untung selepas cukai berjumlah RM29 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2019. 

Untung sebelum cukai pula mencecah RM47 juta manakala hasil meningkat sebanyak 18.0% kepada RM2.1 bilion. 

Bahagian Logistik dan Pengedaran mencatatkan untung sebelum cukai lebih tinggi berjumlah RM17 juta bagi tempoh sembilan bulan berbanding RM12 juta untuk tempoh yang sama tahun lepas. 

Walaupun dihimpit kos operasi yang lebih tinggi, prestasi lebih baik ini disokong oleh sumbangan lebih besar daripada perniagaan bukan konsesi. 

Bahagian Pengilangan mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM36 juta berasaskan hasil sebanyak RM219.8 juta, sejajar dengan corak pesanan dari pihak Kerajaan. 

Walau bagaimanapun, Bahagian Pengilangan mempunyai peluang pertumbuhan yang luas dengan pelancaran produk baru yang dipercepatkan, memperluaskan kehadiran di pasaran antarabangsa dan meningkatkan penggunaan kapasiti melalui kontrak perniagaan pengilangan. 

Walaubagaimanapun, operasi Indonesia mencatatkan defisit RM0.7 juta, ekoran kos kewangan dan kos operasi lebih tinggi.