Artikel

BHIC Untung RM3.3 Juta Untuk Suku Ketiga

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) meraih keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM3.3 juta untuk suku ketiga tahun ini berakhir 31 Disember 2019.

BHIC meraih RM2.9 juta PAT untuk suku kedua 2019.

Pengerusi BHIC, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Hj Mohd Nor berkata projek Littoral Mission Ship (LMS) yang sedang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd di China dijangka siap akhir 2019.