Kedai serbaguna 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd telah tingkatkan pegangan saham mereka dalam syarikat Caring Pharmacy Group Berhad.
Jutawan Tan Sri Vincent Tan mempunyai pegangan saham dalam kedua-dua syarikat ini.
Laporan menunjukkan bahawa anak syarikat 7-Eleven, Convenience Shopping (Sabah) telah membeli 3.41 juta saham lagi, atau 1.75% pegangan jumlah saham Caring diantara 29 Oktober dan 19 November tahun ini.
Pembelian ini bernilai RM8.2 juta.
Ini bermakna 7-Eleven mempunyai 4.22% saham di dalam Caring Pharmacy, meningkat dari 2.65% sebelum ini.
Vincent Tan memegang sebanyak 25.11% saham 7-Eleven.
Beliau juga mempunyai 0.55% pegangan saham dalam Caring secara lansung, dan 11.27% pegangan saham secara tidak lansung.
Caring adalah antara saham yang menonjol di Bursa kerana harga saham syarikat ini telah meningkat sebanyak 52.4% dari RM1.65 pada awal tahun ini ke RM2.50 harga ditutup semalam.
Selain itu, keuntungan bersih Caring untuk tahun berakhir 31 Mei 2019 adalah RM20.73 juta.
Pendapatan adalah RM599.23 juta.
Hingga 31 Ogos 2019, Caring mempunyai sebanyak 129 cawangan.
Memandangkan Tan Sri Vincent mempunyai pegangan saham dalam kedua-dua syarikat berkenaan, ini memberi gambaran bahawa beliau akan terus melabur dalam syarikat pasaran pengguna di Malaysia.