Artikel

Ekuiti Asia Gagal Bersaing Dengan Peningkatan Saham AS

Kurang dari dua minggu yang tinggal pada bulan November, aliran saham Asia dilihat sedikit ketinggalan berbanding aliran saham yang ditunjukkan oleh AS. Sentimen ini terus ditekan berikutan kebimbangan mengenai prospek perdagangan antara AS-China. 

Secara tidak langsung memperlihatkan para pelabur mula hilang sabar akan perjanjian sementara yang bakal dilaksanakan AS-China masih lagi samar. Perihal ini menjadi persoalan sama ada perjanjian tersebut bakal merungkai perang perdagangan antara mereka ataupun tidak.

Ramai pelabur masih percaya bahawa perjanjian itu hampir tiba. Namun situasi tersebut dilihat semakin tertekan, secara tidak langsung menimbulkan keraguan terhadap strategi pasaran di masa akan datang. 

Kesan buat masa ini adalah kedudukan mata wang Asia yang dilihat tidak seimbang berbanding dolar AS. Selterusnya, pada paras atas psikologi – nilai emas telah meningkat $ 1470, sementara itu hasil pembendaharaan AS 10 tahun pula telah menurun ke tahap 1.80.