Akibat protes demonstrasi berpanjangan di Hong Kong, Wisma Putra telah mengeluarkan sebuah notis pemberitahuan kepada semua rakyat Malaysia.
Wisma Putra menyarankan semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan dari pergi ke Hong Kong dalam tempoh terdekat ini.
Sekiranya ada urusan penting yang harus dilakukan dengan melawat Hong Kong, Wisma Putra menggesa rakyat untuk tidak ke kawasan yang lazimnya terkait dengan aktiviti protes mereka, demi keselamatan diri.
Wisma Putra tidak nyatakan bila notis perjalanan ini akan berakhir, namun pihaknya mengatakan bahawa notis ini berkuatkuasa serta-merta.