Artikel

Dunkin’ Malaysia Tiada Lagi Donut, Kini Beralih Menjadi Kedai Minuman Premium

Dunkin’ Donut kini menjalani satu proses penjenamaan semula.

Syarikat terkenal ini akan menggugurkan ‘Donut’ dari namanya, dan akan dikenali hanya sebagai Dunkin’ mulai sekarang.

Penjenamaan semula di Malaysia, adalah sejajar dengan apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Di AS, syarikat ini telah melalui penjenamaan semula dengan menggugurkan nama ‘Donut’ sejak 2018.

Tujuan Dunkin’ menjenamakan semula dirinya adalah untuk memberitahu pasaran bahawa mereka kini akan menjadi penjual minuman premium, untuk pengguna on-the-go atau sentiasa bergerak.

Dunkin’ melaksanakan strategi ini setelah mengalami kemerosotan jualan di pasaran AS dan Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi pelaksanaan strategi terbaru ini, Dunkin’ menyasarkan jualan akan bertambah kerana mereka berpendapat permintaan pasaran untuk kedai menjual minuman premium lebih tinggi berbanding apa yang mereka lakukan sebelum ini.

Dunkin’ menjelaskan bahawa mereka akan kekal menjual makanan dan minuman lain, namun ingin mencipta satu identiti baharu untuk pengguna memahami bahawa mereka kini lebih terarah kepada jualan minuman, tidak lagi Donut.