Artikel

Pharmaniaga Umum Pelanjutan Perkhidmatan Bersama KKM

Pharmaniaga Berhad telah mendapat kontrak untuk melanjutkan perkhidmatannya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kontrak dengan KKM adalah melalui anak syarikat milik penuhnya Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB).

PLSB telah menerima surat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melanjutkan perkhidmatannya bagi pembekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan kepada fasiliti KKM untuk tempoh interim selama 25 bulan, bermula 1 Disember 2019 hingga 31 Disember 2021.

Di samping itu, PLSB juga dibenar meneruskan pengendalian pengedaran dan logistik bagi tempoh lima (5) tahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2024.