Artikel

Kajian Maybank: Impak FAA, Sektor Penerbangan Malaysia Negatif

Maybank IB Research berpendapat sektor penerbangan Malaysia kini negatif untuk pelaburan.

Ini susulan pihak AS menurunkan status sektor Malaysia dari kategori 1 ke kategori 2. 

Menurut Lembaga Penerbangan Persekutuan AS (FAA), sebab mereka menurunkan status Malaysia ke kategori 2 kerana isu keselamatan. 

Maybank IB Research berkata, antara impak penurunan ini adalah seperti berikut:

  • Tanggapan orang awam terhadap suasana keselamatan Malaysia akan menjadi negatif
  • Juruterbang, jurutera Malaysia tidak mampu mendapat peluang pekerjaan di luar Malaysia
  • Perniagaan MRO (penyelenggaraan, pembaikan, operasi) akan terjejas
  • Premium insuran akan meningkat
  • Kos sewaan pesawat akan meningkat

Disebabkan perkara di atas, Maybank IB yang sebelum ini mengambil pandangan ‘negatif’ terhadap sektor penerbangan Malaysia, menegaskan bahawa berita terbaharu ini di mana FAA menurunkan status Malaysia, menggariskan pendapat mereka bahawa sektor penerbangan Malaysia kian negatif.

BOLEHKAH SITUASI INI DIPERBAIKI?

Menurut Maybank, jawapannya tidak.

Ini kerana antara kerisauan pihak FAA AS terhadap Malaysia adalah tentang isu kekurangan tenaga kerja dan kakitangan Malaysia untuk sektor ini.

Tempoh untuk melatih kakitangan adalah panjang, dan menelan belanja yang tinggi. Belanjawan 2020 tidak menunjukkan bahawa CAAM akan mendapat belanjawan yang banyak.

Maybank berpendapat bahawa Malaysia akan memerlukan sehingga dua tahun untuk kembali ke kategori 1 FAA.