Artikel

Kementerian Industri Utama Rancang Penambahan Koperasi Buat Pekebun Kecil Sawit

Menurut Menteri Industri Utama, Teresa Kok – kementerian sedang merancang untuk mewujudkan lebih banyak koperasi kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Kenyataan ini telah dikongsikan sewaktu acara pelancaran Sidang Kemuncak Agritech Global 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Setakat ini, 10 koperasi telah ditubuhkan menerusi dana RM100,000 bagi setiap koperasi oleh Lembaga Minyak Sawit (MPOB).

Berikutan itu, pelan pelaksanaan ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan ladang sawit dengan menggunakan teknologi bagi membantu  komuniti pekebun kecil pada operasi mereka. 

Secara tidak langsung inisiatif ini dapat meningkatkan pendapat mereka.

Bagi fasa pertama, Kementerian Industri Utama bersama Kementerian Pertanian Industri Asas Tani dan MPOB akan menjalankan perbincangan berkenaan isu yang berbangkit. Antara perihal lain yang turut menjadi fokus adalah penggunaan teknologi pada industri ini.