Artikel

Pendapatan Petronas Chemicals Susut 16%, PAT Susut 36%

Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan pendapatan yang rendah dalam pengumuman kewangan suku ketiga mereka.

Pendapatan PCG susut 16 peratus tahun demi tahun kerana harga barangan produk petrokimia susut. Selain itu, sektor ini mengalami aliran merosot sejak lewat tahun 2018 kerana harga minyak mentah juga susut.

Permintaan dari pasaran juga susut diakibatkan oleh permintaan global industri yang juga lebih rendah kini berbanding tahun-tahun lalu.

Selain itu, PCG mencatatkan penggunaan kilang yang baik, meningkat kepada 93 peratus, berbanding 91 peratus tempoh sama, tahun lepas.

Keuntungan sebelum cukai, depresasi, dan amortasi (EBITDA) meraih margin sebanyak 31 peratus.

Pembelian Da Vinci Group B.V. oleh PCG dipercepatkan membolehkan mereka pergayakan usaha untuk memberikan produk dan servis yang lebih banyak.

Keuntungan EBITDA dan keuntungan selepas cukai (PAT) susut sebanyak 30 peratus dan 36 peratus tahun demi tahun kepada RM3.7 bilion dan RM2.5 bilion sewajarnya.