Rangkaian 5G membolehkan peluang hasil sehingga RM16 billion (USD 3.8 billion) bagi pembekal khidmat di Malaysia menjelang tahun 2030.
Ericsson berkata demikian susulah penerbitan laporannya yang bertajuk “5G untuk Perniagaan: Kompas Pasaran untuk 2030” yang membuat analisis peluang perniagaan yang terbit dari pendigitalan industri merentasi 10 industri utama.
Dengan pengaturan kedudukan 5G yang sedang dijalankan di hampir semua pelusuk geografi, laporan ini berdasarkan satu keluaran baru dari kajian pasaran mengenai bagaimana untuk merealisasikan potensi perniagaan pendigitalan industri 5G.
Penemuan yang menjadi tonggak kajian itu memberi indikasi bahawa jumlah nilai terunjur dari hasil pendigitalan yang diupayakan oleh 5G di Malaysia dianggarkan bernilai RM33 billion (USD 8 billion).
Dari jumlah ini, sebanyak RM16.6 billion (USD 3.8 billion) atau separuh boleh dijanakan oleh pembekal khidmat telekomunikasi.
Kajian itu turut membekalkan operator dan industri telekomunikasi dengan penunjuk arah nilai terkumpul dan membantu mereka dalam menentukan arah perancangan strategik serta aktiviti yang diperlukan untuk mencapai sebahagian daripada peluang ini pada tahun-tahun yang mendatang.
Melihat pada rantau Asia Tenggara dan Oceania, anggaran nilai peluang terbesar untuk pembekal khidmat telekomunikasi pada tahun 2030 adalah dalam sektor kesihatan (USD 9 billion), pembuatan (USD 5 billion), tenaga dan kelengkapan (USD 5 billion), automotif (USD 5 billion) diikuti oleh keselamatan umum (USD 4 billion) dan media hiburan (USD 4 billion).
Todd Ashton, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh berkata, “kajian terkini menunjukkan potensi peluang yang berkembang untuk pembekal khidmat telekomunikasi di Malaysia melangkaui rangka perniagaan telekomunikasi tradisional, kebanyakkannya dibolehkan dengan rangkaian hari ini.
Pengenalan 5G akan merangsang pendigitalan dan pertumbuhan industri baru serta menjana aliran pendapatan. Sebagai contoh, solusi dual-mod 4G+5G teras awan (Cloud Core) Ericsson akan membolehkan pembekal khidmat untuk memajukan lebih besar keupayaan jalur lebar mudah alih serta membuka dimensi baru untuk kegunaan dan model perniagaan.
Ericsson bersiap siaga untuk 5G di Malaysia
Ericsson sebagai pemain utama tebaran rangkaian 2G, 3G dan 4G di Malaysia sudah pun mula merancang ke arah rangkaian 5G sejak tahun 2015 lagi.
Ericsson telah melancarkan Pusat Inovasi bagi 5G (IC5G) yang pertama dalam negara dengan usahasama dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pada tahun 2017, Ericsson berkerjasama dengan Celcom untuk menjalankan percubaan 5G yang pertama di Malaysia.
Pada tahun ini, kami pamerkan komunikasi Holografik 5G yang ulung kali di Malaysia dan juga kereta pandu sendiri yang dibolehkan oleh 5G, yang memberi untaian masa depan yang diupayakan oleh teknologi 5G.
Todd juga berkata, “Ericsson sudah hadir dalam pasaran Malaysia lebih dari 50 tahun. Kami mahu mengekalkan komitmen kami pada Malaysia dengan bersama-sama bersedia mengorak langkah ke arah teknologi 5G.
Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dari sektor industri dan dunia akademik, kerajaan Malaysia serta pemegang-pemegang kepentingan utama yang lain untuk membawa teknologi terkemuka kami ke Malaysia.