Syarikat teknologi pembayaran Mastercard melancarkan ‘Fintech Express’.
Rapyd, sebuah servis perniagaan-ke-perniagaan (B2B) adalah rakan perniagaan pertama yang diumumkan menyertai servis Fintech Express milik Mastercard ini.
Gabungan Mastercard dan Rapyd adalah salah satu contoh yang ingin diuar-uarkan oleh mereka untuk menunjukkan kepada pasaran, dan terutamanya kepada pemilik syarikat pemula atau startup, dalam industri teknologi kewangan (fintech) bahawa mereka sedia untuk bekerjasama dalam membina penyelesaian perniagaan.
Mastercard, yang lazimnya bekerjasama dengan institusi kewangan seperti bank-bank, kini mahu membina sebuah ikatan perniagaan dengan syarikat startup, terutamanya dalam industri fintech.
Ini kerana, menurut Mastercard, mereka fahami kehendak pasaran dalam mencari solusi pembayaran elektronik serta penyelesaian industri lain, dan usaha untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan perniagaan fintech, kebiasaannya dibina oleh syarikat startup fintech.
Mastercard mempunyai empat teras utama dalam usaha mereka membangunkan perniagaan bersama fintech startup:
- Mastercard Fintech Express: Memberikan fintech untuk memasuki pasaran dalam kadar segera, memberikan kelebihan daya saing kepada startup fintech
- Mastercard Engage: Memberikan kebolehan fintech untuk bergabung dengan perkhidmatan Mastercard yang lain
- Mastercard StartPath: Menjemput startup yang lebih matang untuk menyertai program 6 bulan dalam usaha mencari dana untuk tujuan pelaburan
- Mastercard Developers: Memberikan alat-alat pembinaan perisian dan kebolehan untuk membuat dan menerima pembayaran dan servis lain yang ditawarkan oleh Mastercard
Ini adalah antara beberapa usaha yang diumumkan Mastercard sempena Festival Teknologi Kewangan Singapura, bermula 11 ke 13 November 2019.