Artikel

Huawei Menganjurkan Hari Pemaju Perisian Disebalik Tabir Sekatan Ekonomi AS

Setelah dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), Huawei sedang menempuhi suatu situasi di mana ia harus menyegerakan pembikinan perisian untuk peranti-peranti mereka kerana mereka tidak boleh lagi menggunakan kedai aplikasi Google.

“Kami telah dikenakan sekatan ekonomi oleh AS. Tetapi, perkara ini telahpun kami jangkakan. Oleh itu, kami telah bersedia dari segi perniagaan untuk menempuhi arus yang agak keruh ini,” kata Zhang Ping’an, Presiden Huawei Consumer Cloud Service 

Oleh kerana itu, Huawei telah menganjurkan Hari Pemaju Perisian peringkat Asia Pasifik di Singapura pada 13 November 2019.

Usaha ini adalah untuk menarik perhatian para pembangun perisian untuk teruskan dan laksanakan usaha mereka untuk membina aplikasi untuk digunapakai dalam peranti keluaran Huawei, melalui Kedai Aplikasi Huawei.

Antara tumpuan yang Huawei umumkan adalah ‘Account Kit’ dimana pemaju boleh menggunakan sistem ini untuk membina aplikasi baharu. Menurut Huawei, pengguna Account Kit telah mencecah lebih ribuan pengguna.

Selain itu, ‘Location Kit’ dan ‘Map Kit’ adalah antara sistem yang membolehkan pemaju peranti untuk membina aplikasi yang membolehkan pemetaan dan lokasi dimasukkan ke dalam pembinaan peranti.

“Alat-alat  perisian seperti ‘in-app purchase’ dan proses langganan kami membolehkan pembikin perisian membina aplikasi untuk pengguna dengan lebih baik dan cemerlang,” kata Li Guo Liang, Pengarah Teknikal Pembikin Perisian Huawei Consumer Cloud Service Asia Pasifik.

Tujuan Huawei mengadakan Hari Pemaju Perisian adalah untuk memastikan tanggapan pasaran terhadap pembikinan perisian syarikat ini terus maju jaya. 

Namun demikian, sekatan ekonomi AS terhadap syarikat China ini menggambarkan situasi di mana kedudukan mereka di pasaran pengguna elektronik semakin keruh kerana pesaing mereka seperti Samsung dan Apple tidak mempunyai kelebihan daya saing disebabkan mereka tidak terjejas dengan sekatan ekonomi ini.

Huawei baru-baru ini melancarkan Mate 10 dan pasaran tidak menyambut baik peranti ini kerana ia tidak mempunyai peranti keluaran Google. Ini menjadikan saluran perniagaan Huawei semakin terbatas, dalam jangka masa terdekat ini