Pengedaran Mercedes-Benz di Malaysia akan diswastakan dengan kos sebanyak RM90.6 juta.
Jardine Cycle & Carriage akan menswastakan operasi Malaysianya, Cycle & Carriage Bintang (CCB) Berhad sebanyak RM2.20 satiap satu saham, kata syarikat itu melalui filing Bursa petang Isnin 11 Nov 2019.
Jardine memegang 59.1 peratus saham CCB. Harga terakhir CCB pada petang Isnin adalah RM1.29.
CCB telah menghentikan perdagangan saham mereka setelah Jardine menghantar permohonan penswastaan syarikat CCB itu.
Dana RM90.6 juta yang akan digunakan untuk kos penswastaan ini akan dibiayai oleh Jardine dari Singapura, dan juga pinjaman luaran.
Operasi penswastaan ini dijangka tidak akan memberikan sebarang impak negatif yang material.
Pengedaran Mercedes-Benz CCB di Malaysia mempunyai 13 edaran. Ia akan menjadi anak syarikat milik penuh Jardine setelah selesai operasi penswastaan ini.
Tujuan mengapa Jardine ingin menswastakan CCB masih tidak diberikan oleh mereka.