Artikel

CGS-CIMB Rendahkan Lagi Harga Sasaran Saham Media Prima

CGS-CIMB merendahkan harga sasaran bagi saham Media Prima Berhad (MPB) dari 38 sen, ke 27 sen.

Harga saham Media Prima pada petang Selasa 12 Nov 2019 adalah 30 sen.

Sebab utama CGS-CIMB merendahkan harga sasaran Media Prima adalah kerana mereka khuatir MPB mampu mengubah corak perniagaan mereka, walaupun mereka dijangka mengurangkan jumlah pekerja melalui operasi pembuangan pekerja secara sukarela (VSS).

CGS-CIMB berkata, melalui sebuah nota pelaburan yang diterbitkan pagi Selasa 12 Nov, MPB hanya boleh perbaiki keadaan perniagaan mereka sekiranya mereka menambah mutu kandungan mereka.

“Transformasi kandungan mustahak untuk kelestarian perniagaan mereka,” kata nota tersebut.

“Adalah terlalu awal untuk kami (CGS-CIMB) tentukan samada pelan operasi mereka boleh menghasilkan perubahan positif. Alasan pengacauan digital sebagai sebab mengapa MPB hilang pendapatan tidak begitu bagus, kerana Astro mampu menambah pendapatan iklan TV dari 31% pada 2013 ke 48% di 2018 berlaku dalam tempoh yang sama,” tambah nota itu lagi.

Menurut CGS-CIMB, setiap pengguguran setiap 100 pekerja dalam operasi VSS kali ini mungkin akan menyebabkan kos sebanyak RM8.7 juta kepada MPB. Ini menyebabkan rumah penyelidikan ini tidak begitu optimis yang VSS ini mampu mengubah nasib perniagaan MPB dalam jangka masa terdekat, melainkan mereka mungubah isi kandungan yang disiarkan oleh kesemua saluran MPB sedia ada.