Artikel

MAHB: Catat Pertumbuhan Pergerakan Penumpang Sebanyak 9.2 Peratus Pada Oktober

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (SGIA) Istanbul, Turki – telah mencatatkan pertumbuhan pergerakan penumpang sebanyak 9.2% pada Oktober 2019.

Menerusi makluman Bursa Malaysia – jumlah pertumbuhan ini dilihat telah meningkat dengan purata 11.0% penumpang antarabangsa manakala, 7.5% penumpang domestik.  Jumlah keseluruhan pertumbuhan ini mencatatkan hampir 11.7 juta penumpang pada Oktober ini.

MAHB berkata lapangan terbang di Malaysia mencatatkan pertumbuhan 10.0 peratus merekodkan sebanyak 8.6 juta pergerakan penumpang, dengan sektor antarabangsa dan domestik masing-masing berkembang 7.8 peratus dan 12.3 peratus kepada 4.3 juta pergerakan penumpang.

Prestasi keseluruhan pergerakan penumpang disumbangkan oleh permintaan kukuh terhadap perjalanan udara disokong oleh peningkatan pesawat dan kekerapan, serta penambahan laluan baharu.