Terbaru, pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) telah membawa kejayaan pembangunan prototaip berasaskan rantaian blok yang membolehkan pembayaran dilakukan dalam mata wang yang berlainan di rangkaian yang sama.
Rangkaian prototaip yang dibangunkan oleh MAS dengan kerjasama JP Morgan dan Temasek mempunyai potensi untuk meningkatkan kecekapan kos pada perniagaan.
Ia sedang menjalani ujian industri untuk menentukan keupayaannya untuk mengintegrasikan dengan aplikasi rantaian blok komersil. Aplikasi ini akan diuji pada pameran Festival FinTech Singapura dan Minggu Singapura Inovasi (SFF x SWITCH) 2019.
Perkembangan ini menandakan pencapaian terkini untuk Projek Ubin telah berada pada fasa kelima. Pada fasa keempat, rangkaian pembayaran ini akan menyediakan antara muka untuk rangkaian rantaian blok lain bagi menyambung dan mengintegrasikan dengan lancar.
Ia juga akan menawarkan ciri-ciri tambahan untuk menyokong kes-kes penggunaan seperti penyelesaian Penghantaran-terhadap-Pembayaran ( DvP ) bursa swasta, bayaran bersyarat dan escrow untuk perdagangan, serta komitmen pembayaran untuk pembiayaan perdagangan.
Manakala bagi percubaan teknikal, fasa kelima Projek Ubin akan berusaha untuk menentukan daya maju komersil dan nilai rangkaian pembayaran berasaskan rantaian blok.
Sehingga kini, MAS telah melibatkan lebih daripada 40 firma kewangan dan bukan kewangan untuk meneroka potensi rangkaian.
Untuk lebih memahami kesan dan nilai teknologi rantaian blok, Temasek telah bekerjasama dengan MAS, JP Morgan bagi pembangunan platform Ubin.
Chia Song Hwee, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Temasek, mengatakan teknologi rantaian blok memiliki potensi besar dalam mengubah perniagaan dan membuka peluang perniagaan baru.
Kemasukan syarikat perkhidmatan bukan kewangan telah menunjukkan penerapan teknologi rantaian blok telah melampaui pasaran modal dan pembiayaan perdagangan.
Malah, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama dan sokongan yang lebih mendalam bagi usaha perintis Singapura pada ruangan pembangunan rantaian blok.