Artikel

11.11 2019 Hanya Memerlukan 13 Jam Untuk Pecah Rekod 2018

Lazada mengumumkan bahawa rekod penjualan Hari Keseorangan 11.11 untuk tahun 2019 sangat memberangsangkan.

Rekod penjualan untuk 2019 hanya memerlukan 13 jam untuk memecah rekod 2018.

Lazada juga melaporkan bahawa sebanyak 1 juta barang dijual dalam tempoh satu jam pertama (12 tengah malam hingga 1 pagi).

Syarikat e-dagang itu mengatakan bahawa penghantaran pertama untuk jualan mega 11.11 dibuat pada jam 1.20 pagi tadi.

Disebabkan jualan hari 11.11 sangat memberangsangkan, Lazada dijangka akan menggandakan jumlah jualan mereka untuk tahun ini berbanding tahun lepas.

Lazada merupakan anak syarikat Alibaba. Bekas ketua Alibaba, Jack Ma memperkenalkan jualan Hari Keseorangan sepuluh tahun lalu pada 2009.

Sejak dari itu, jualan mega ini menjadi satu masa yang para industri kerap sekali melihat jumlah jualan syarikat itu.