Bermula hari ini, Tan Sri Datin Paduka Zaharah Ibrahim – Mantan Hakim Besar Malaya telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana.
Pelantikan ini bagi menggantikan kedudukan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang telah melepaskan jawatan tersebut pada 17 Ogos lalu.
Untuk makluman, Prasarana Malaysia Berhad merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan – di mana ia dipertanggungjawab sebagai pemilik dan pegurus pengangkutan awam seperti bas, perkhidmatan LRT/Monorel/MRT serta perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Pemilihan Zaharah Ibrahim ini dilihat berdasarkan kelayakan beliau serta pengalamannya.
Setelah bersara dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004.
Seterusnya, beliau dilantik selaku Hakim Mahkamah tinggi pada 28 Julai 2006, Hakim Mahkamah Rayuan pada April 2010, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia Februari 2015 dan Hakim Besar Malaya pada 17 Julai 2018.