Persidangan Teknologi Kewangan Singapura 2019 membawa tema kelestarian dan inovasi.
“Teknologi kewangan harus mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi,” kata Ravi Menon, Pengarah Eksekutif Lembaga Kewangan Singapura (MAS).
“Tanggungjawab kita untuk menjaga alam sekitar, kelestarian dan keberkesanan kita untuk menjaga dunia kita adalah tanggungjawab yang boleh diperkayakan melalui teknologi kewangan,” tambah Ravi lagi.
Persidangan kali ini menyaksikan lebih 60,000 orang hadir, dari lebih 30 negara.
Ia berlansung dari 11 hingga 15 November, dan merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh MAS.
Tumpuan persidangan ini diadakan adalah untuk mengutarakan kebolehan Singapura dalam mengendalikan produk dan perkhidmatan dalam industri teknologi kewangan.