Malaysia, Indonesia, dan Thailand, negara-negara pengeluar terbesar dunia untuk getah, telah menyuarakan keresahan mereka terhadap penyakit pokok getah.

Pestalotiopsis adalah penyakit fungal yang merosakkan pokok getah.

Melalui sebuah kenyataan bersama oleh Majlis Getah Antarabangsa tiga-hala (ITRC), sebanyak 382,000 hektar tanaman telah terkesan.

2,135 hektar terkesan di Semenanjung Malaysia, dengan kerosakan daun diantara 50 dan 90 peratus untuk tempoh November 2017 ke September 2019.

Di Thailand pula, dianggarkan sebanyak 50,000 hektar tanaman terkesan di selatan negara itu, sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. Sebanyak 80 peratus tanaman di sini terkesan oleh penyakit ini.

Keluaran getah susut sebanyak 40 ke 60 peratus akibat penyakit ini.

Unjuran keluaran getah juga dijangka berkurangan untuk bulan-bulan terakhir tahun 2019.

Harga getah juga dijangka akan naik akibat penyusutan keluaran getah.