Maxis akan memulakan produk penstriman ke pasaran dengan harga RM3 sehari.

Produk ini dinamakan Maxis TV.

Pakej ini didatangkan dalam tiga versi. Pas harian dengan harga RM3, pas tujuh hari dengan harga RM7, atau pas 30-hari dengan harga RM15.

Pembelian akan dicas terus ke bil Maxis pengguna.

Pakej-pakej ini didatangkan dengan data 3G/4G tambahan sebanyak 3GB percuma untuk pakej harian, 5GB untuk pek tujuh hari, dan 10GB untuk pek 30-hari.

Kandungan yang akan disajikan kepada pengguna termasuk kandungan tempatan, berbahasa Malaysia, China, Indonesia, Korea, India. Kandungan Hollywood juga disajikan bersama.

Maxis dijangka akan bekerjasama dengan perkhidmatan penstriman lain, seperti iFlix dan Netflix dalam melaksanakan Maxis TV. YuppTV dan Mubi juga dijangka akan digunakan oleh Maxis.

Ini adalah antara beberapa usaha Maxis untuk mendapatkan lebih banyak pengguna untuk menggunakan produk mereka kerana servis telekomunikasi-bersahaja tidak memadai untuk menyebabkan menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.

Perang penstriman yang sedang giat membakar pasaran sekarang termasuk Apple TV+, Disney+, Astro Go, Netflix, dan iFlix yang semuanya mempunyai sistem langganan bulanan. 

Baru-baru ini, YouTube Premium juga mula dipasarkan di Malaysia.