Artikel

YouTube Premium Kini RM18 Di Malaysia

Anda kini boleh membuang iklan Shopee pada laman YouTube dengan melanggan produk premium mereka.

YouTube Premium kini telah mula berada di Malaysia, dengan tawaran langganan bulanan sebanyak RM17.90 bagi individu dan RM26.90 untuk langganan keluarga.

Langganan YouTube Music Premium adalah berharga RM14.90 sebulan, dan RM22.90 untuk keluarga.

YouTube Premium membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan bebas-iklan dan video bukan-atas talian (offline) untuk kandungan muzik mereka.

Siaran YouTube Premium ini juga boleh ditonton menerusi Google Home serta Chromecast Audio.

Perkhidmatan ini dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan kepada YouTube, yang merupakan anak syarikat Google, melalui Alphabet Inc.

Ini kerana pendapatan dari sumber pengiklanan, contoh seperti pengiklanan Shopee dilihat tidak begitu stabil dan tidak dapat diunjurkan berbanding dengan pendapatan daripada langganan pelanggan.

Akan tetapi, pelanggan yang melanggan perkhidmatan Premium ini dijangka akan memperolehi data pengguna mereka yang akan diteraskan dan digunapakai oleh YouTube serta Alphabet dengan kadar yang tidak telus.

Namun demikian, pengguna disarankan untuk membaca dan meneliti terma dan syarat perkhidmatan Premium ini sebelum mula melanggan.