GDB Holdings Bhd – sebuah firma perkhidmatan pembinaan telah memperolehi kontrak berjumlah RM213.3 juta bagi projek pembinaan Hotel Hyatt Centric di Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut laporan Bernama, pelaksanaan hotel ini bermula apabila GDB Holdings memperolehi surat hasrat daripada Sunhill Ventures Sdn Bhd – sebuah anak syarikat milik Hap Seng Consolidated Bhd.
Hotel tersebut akan memiliki 222 bilik dan turut menyediakan ruang aktiviti riadah serta perniagaan kepada pengguna mereka.
Turut difahamkan hotel berkenaan mempunyai akses ke kawasan komersial seperti pusat membeli-belah, restoran serta tempat tarikan pelancong.
Berikutan itu, kontrak ini dijangka bermula pada 2 Januari 2020 dan berakhir pada 16 November 2021 nanti.