Artikel

Perkhimatan Seru-Pandu Permotoran Jalani Operasi Sementara Bermula Januari 2020

Menurut Menteri Pengangkutan – Anthony Loke, syarikat seru-pandu permotoran seperti Gojek dan Dego Ride akan mula beroperasi pada Januari 2020 ini. Khabar ini dikongsikan pada Selasa lalu di Dewan Rakyat.

Operasi ini akan dilaksanakan dibawah projek perintis dengan tawaran perkhidmatan selama enam bulan melalui ujian Proof of Concept (POC).

Pelaksanaan ini akan menilai sistem perkhidmatan mereka sebelum keputusan undang-undang diluluskan. Fasa ini membolehkan kerajaan dapat meneliti, mengumpul dan menilai kembali kadar permintaan perkhidmatan pada masyarakat negara.

Antara syarat yang dikenakan pada operasi sementara ini adalah:

  • Penunggang mestilah berusia 18 tahun ke atas
  • Hanya boleh membawa penumpang, yang berusia tidak kurang dari 18 tahun
  • Kawasan perkhidmatan terhad hanya pada Lembah Klang sahaja
  • Motosikal yang diguna, tidak boleh melebihi 5 tahun
  • Setiap penumpang perlu diberi jaminan insuran

Bagi menjamin langkah keselamatan, pihak penguatkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan turut serta untuk menjalankan pemantauan terhadap perkhidmatan ini.