Artikel

SoftBank Lapor Kerugian Berjumlah AS$6.4 Bilion Bagi Tempoh Julai-September

SoftBank Group melaporkan kerugian sebanyak AS$6.4 bilion untuk tempoh Julai ke September.

Kerugian ini disebabkan oleh penyusutan nilai dana Vision Fund mereka dalam beberapa pelaburan termasuk di WeWork dan Uber Technologies.

Ini merupakan satu kerugian yang besar kerana suku sebelum ini, SoftBank melaporkan keuntungan sebanyak 1.12 trilion Yen, sebuah keuntungan yang paling besar oleh mereka.

Kepimpinan CEO SoftBank Masayoshi Son kini dalam keraguan.

Kerugian paling teruk dikenakan adalah AS$100 bilion dalam pelaburan WeWork, di mana pelan untuk menyenaraikan saham syarikat itu melalui sebuah IPO ditarik balik pada saat-saat terakhir. 

WeWork kemudiannya menerima suntikan pelaburan AS$9.5 bilion sebagai satu pakej menyelamat pelaburan ini oleh SoftBank.

Uber pula antara pelaburan yang teruk oleh SoftBank. 

Secara keseluruhannya, Vision Fund menyenaraikan penyusutan ke atas 25 syarikat pelaburan SoftBank.

SoftBank telah mencatatkan keuntungan 277 bilion Yen disebabkan oleh transaksi gergasi e-dagang China – Alibaba Group Holding, di mana Softbank memiliki 26% kepentingan, berikutan penerimaan saham Ant Financial daripada Alibaba.

Berikutan itu, SoftBank turut mencatat penilaian kira-kira 80% pegangan langsung dalam operasi WeWork.

Bulan Ogos lalu, Son menunjukkan prestasi cemerlang Vision Fundi sejak ia mula melabur dua tahun lalu. Pada masa itu, beliau berkata keuntungan akan meningkat kerana portfolio syarikat telah mula diketahui khalayak ramai.

Beliau juga merancang untuk melancarkan Vision Fund kali kedua. Di mana ia akan membina dana berjumlah AS$ 108 bilion untuk pelaburan teknologi. 

Bagaimanapun, senario itu kelihatan semakin goyah memandangkan kerugian besar WeWork . 

Oleh itu, pelabur akan melakukan pemerhatian sama ada Son mampu mengalihkan strategi pelaburannya kepada tumpuan yang lebih besar khususnya terhadap pengurusan operasi. 

Setakat ini, syarikat tidak memiliki sebarang komitmen untuk pelaksanaan Vision Fund kedua, meskipun terdapat sokongan daripada pihak tertentu.