Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Datuk Seri Azmin Ali menyatakan bahawa ‘sekiranya beliau berhutang, maka beliau akan membayar kembali, kerana itu tanggungjawab beliau’ pada wartawan semasa menghadiri sidang SDG pagi Rabu.
Beliau menjawab dakwaan sebuah syarikat pelancongan yang menuduh beliau, di mahkamah semalam kerana gagal menyelesaikan hutang pelancongan pada syarikat itu.
YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd fail saman di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur melalui firma guaman Messrs Fong Yap & Gan.
YHA Travel mendakwa Azmin gagal melangsaikan hutang sebanyak RM329,000 dalam bentuk bil pelancongan yang dikenakan terhadap beliau dan keluarga beliau, termasuk ke Sandakan tahun ini.
Menurut YHA dan akhbar The Edge, Azmin merupakan pelanggan YHA selama lebih 20 tahun.
YHA mendakwa kebiasaannya, Azmin akan melangsaikan hutang pelancongan dalam masa tiga ke empat bulan, namun dalam kes ini, hutang telah tertunggak lebih lama dari itu.
Pelancongan ini termasuk ke Marrakech, London, Jakarta, Gold Coast Australia, Dubai, Geneva, Singapura, Bangkok, Barcelona, Santorini, dan lain-lain lagi.
YHA juga mengemukakan dokumen perjalanan Azmin ke Hanoi dan Kota Kinabalu di antara September 14 dan 16 tahun 2018; Sandakan pada Mei 10 dan 11 tahun 2019, sempena pilihanraya kecil Sandakan.