Touch ‘n Go (TnG) akan hentikan caj 10% caj tambahan yang lazimnya dikenakan di tempat parkir yang menggunakan dwi-sistem tunai dan TnG.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri KPDNK Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat pagi Rabu.
Beliau berkata caj tambahan 10% itu adalah satu kontrak diantara TnG dan operator parkir yang ada dwi-sistem pembayaran.
Untuk parkir yang hanya menggunakan sistem TnG, tiada lagi caj tambahan. Selain itu, parkir dwi-sistem juga akan dihentikan caj tambahan ini dalam masa terdekat.
MONOPOLI?
Chong tambah bahawa Suruhanjaya Anti Monopoli (MyCC) berpendapat bahawa TnG bukanlah satu monopoli kerana terdapat pelbagai lagi sistem e-bayaran yang ada di pasaran.