Artikel

BNM, SC Lancar PPP Bagi Perangi Jenayah Kewangan

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysa (SC) telah menjalinkan kerjasama dengan melancarkan inisiatif Kerjasama Awam-Swasta (PPP) bagi penguatkuasaan undang-undang institusi kewangan.

Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Persidangan Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan Antarabangsa 2019 (IFCTF 2019).

Usaha sama ini adalah bertujuan untuk memerangi jenayah yang berlaku pada institusi kewangan, perihal ini mendapat sokongan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang negara. 

Menurut Tun, peranan penting institusi awam-swasta adalah membolehkan transformasi pada institusi kewangan Malaysia dapat diubah kepada sebuah negara maju dengan memelihara nilai integriti sistem kewangan negara ini.

Tun juga percaya menerusi usaha sebegini, secara tidak langsung dapat meningkatkan penyertaan banyak pihak dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi memerangi jenyah kewangan dan jenayah rasuah.

Malaysia juga disarankan untuk meningkatkan lagi usaha dalam membinakepercayaan antara pemain pasaran, pembaharuan pada institusi kewangan serta merangka kembali dasar dan rangka kerja perundangan.