Pada acara pelancaran Digital Arrival Spectaculars VGI Airports di KLIA, d Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sedang menjalani transformasi pendigitalan media untuk platform pengiklanan lapangan terbang dengan pelaburan bernilai RM35 juta.
Menurut laporan Bernama, VGI Airports – konsesi pengiklanan terminal, menjangkakan transformasi ini akan siap menjelang pertengahan tahun 2020.
Turut difahamkan pada acara yang sama, empat skrin LED digital selebar kira-kira 650 kaki persegi telah dilancarkan. Terminal juga dikatakan akan memiliki 58 skrin paparan cecair kristal yang diselaraskan bersama.
Pengurus Besar Kanan, perkhidmatan Komersial Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Mohamed Nazli Aziz berkata pemasangan platform pengiklanan digital di KLIA dan klia2 dijangka meningkatkan profil runcit lapangan terbang dan turut meningkatkan sumbangan hasil bukan aeronautik kepada kumpulan ini.