Artikel

Kelulusan Majlis Mara Tiada Dalam Isu Kerjasama Mara-Lynas

Mara Corporation Sdn Bhd dan Lynas Malaysia Sdn Bhd telah memasuki sebuah perjanjian tanpa mendapat kelulusan Majlis Mara.

Bahagian Komunikasi Korporat Mara berkata tindakan Mara Corp menandatangani sebuah persefahaman bersama (MOU) dengan Lynas tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara.

Sebelum ini, mana-mana inisiatif baharu perlu mendapat pertimbangan dan persetujuan Majlis Mara.

“Berikutan perjanjian persefehaman (MOU) antara Mara Corp dan Lynas Malaysia, Mara ingin menjelaskan bahawa perjanjian persefahaman tersebut adalah tanpa kelulusan Majlis Mara,” kata mereka dalam sebuah kenyataan bertarikh 4 Nov.

Majlis Mara dijangka akan membuat kenyataan susulan berikutan perjanjian MOU ini dalam masa terdekat.