Artikel

November Bulan Negatif Untuk KLCI – CGS CIMB

Para pelabur dinasihatkan untuk bersedia menerima hakikat bahawa November adalah bulan negatif untuk indeks KLCI.

Ini berdasarkan sejarah 10 tahun yang dikumpul oleh CGS CIMB, dan diterbitkan oleh mereka melalui sebuah nota pagi ini.

Sepanjang tempoh 10 tahun ini, November secara purata susut 1.3% berbanding bulan sebelumnya.

Sepanjang tempoh 40 tahun, KLCI susut 0.5%.

Ini mungkin kerana beberapa syarikat melaporkan keputusan kewangan suku ketiga yang kurang memberangsangkan.

PERKARA YANG HARUS DIPERHATIKAN

Bank Negara Malaysia akan mengumumkan OPR pada 5 Nov. Analisis menjangka OPR tidak akan berubah. Selain itu, 3Q19 suku ketiga KDNK akan diumumkan pada 16 Nov. Suku ketiga 3Q19 pendapatan untuk pelbagai syarikat juga akan diumumkan sepanjang bulan November ini.