Perjanjian perdagangan terbesar di dunia, yang diharapkan dapat termetrai pada mesyuarat di Bangkok perlu ditangguh ke 2020.
Ini menurut kenyataan ASEAN seperti dilaporkan oleh AFP baru-baru ini.
Mesyuarat 16 negara Perkongsian Persefahaman Ekonomi Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership, atau RCEP) baru sahaja selesai diadakan di Bangkok pada 5 November 2019.
Di mesyuarat itu, India telah menyuarakan beberapa isu yang menyebabkan RCEP tidak dapat memeterai perjanjian perdagangan dengan semua pihak.
Ini merupakan satu isu besar kepada China kerana mereka memerlukan perjanjian ini untuk dimeterai kerana China sedang berdepan dengan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
RCEP merangkumi negara-negara dari New Zealand ke India, dan merangkumi 30 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
“Kebanyakan perjanjian antara pasaran telah dipersetujui, dan beberapa isu dua hala akan selesai menjelang Februari 2020,” kata satu kenyataan ASEAN yang telah didapati oleh AFP.
Kesemua perjanjian telah dipersetujui oleh semua pihak, “kecuali satu pihak yang belum menyetujui” perjanjian ini. Pihak ini dipercayai adalah India.
New Delhi gusar perniagaan kecil dan sederhana mereka akan terkesan akibat barangan murah dari China.
Perdana Menteri India, Narendra Modi telah berulang kali menyuarakan kegusaran New Delhi tentang isu ini di persidangan ASEAN.