Artikel

HASiL Live Chat Bantu Pengguna Tanggani Isu Cukai

Sempena Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2019 – Pihak LHDN telah melaksanakan platform baharu HASiL Live Chat.

Peranan platform ini dilihat dapat membuka ruang kepada pengguna untuk berinteraksi secara terus dan lebih terbuka bersama pihak LHDN berkenaan isu percukaian. Perihal ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna dalam sistem percukaian.

Operasi ruangan HASiL Live Chat ini akan bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang. Platform ini akan dikawalselia oleh Pegawai Pusat Panggilan LHDN ataupun HASiL Care Line.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, pengguna boleh layari ke laman web LHDN untuk info seterusnya.