Artikel

Spekulasi: Media Prima Pertimbangkan Pemberhentian Pekerja Buat Kali Kedua

Media Prima Berhad difahamkan sedang mempertimbangkan pemberhentian pekerja buat kali kedua.

Tindakan ini disebabkan arena dan landskap operasi media dilihat semakin meruncing.

Menurut sumber, ketua bagi setiap jabatan telah dimaklumkan untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pada jam 3 petang tadi. 

Sekiranya spekulasi tersebut adalah benar, ini bukanlah tindakan kali pertama yang dilakukan oleh Media Prima. Pada November 2018 lalu, seramai 190 pekerja telah diberi notis 3 bulan untuk mempertimbangkan pengurangan gaji. Manakala 43 pekerja pula ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela Secara Bersama (MSS).

Walau bagaimanapun, isu ini masih lagi menjadi spekulasi dan perlu menanti keputusan sahih daripada pihak lembaga.