Baru-baru ini, Wahed Invest telah mengumumkan pelaksanaan platform pelaburan digital islam pertama di Malaysia.
Pelancaran platform ini memainkan peranan di mana pelabur dapat mengakses kepada portfolio syariah. Fungsi tersebut sekali gus dapat memperkasakan pengguna Malaysia pada pengurusan kewangan mereka.
Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) ini akan membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.
Pelaksanaan ini disokong apabila tinjauan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai salah satu tahap tertinggi dalam kemasukan kewangan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, warga Malaysia dilihat masih lagi ketinggalan mengenai bab celik kewangan dan pengetahuan kewangan.
Malah, kaji selidik Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut melaporkan bahawa satu daripada tiga pengguna Malaysia tidak selesa dengan pengetahuan kewangan mereka, manakala separuh penduduk (52%) mengatakan mereka menghadapi kesukaran menyimpan sehingga RM1,000 untuk waktu kecemasan.
Rata-rata pengguna Malaysia merasa pengetahuan kewangan mereka yang tidak mencukupi telah menghalang mereka dari pengurusan kekayaan yang cekap.
Oleh itu, penempatan Wahed dilihat dapat memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan. Di tambah pula, platform ini hadir dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terhad kepada pengguna.