Mesiniaga Berhad telah menerima surat pelantikan kontrak daripada pihak Kementerian Kewangan (MoF) dengan nilai RM261.26 juta.
Kontrak ini meliputi sistem pengurusan perakaunan dan kewangan bersepadu bagi projek kerajaan Persekutuan (IGFMAS).
Menurut laporan Bernama, menerusi kontrak tersebut – Mesiniaga akan memainkan peranan dalam reka bentuk, pembekalan, pelaksanaan konfigurasi serta menjalankan segala pemantauan bagi setiap ujian operasi IGFMAS.
Perihal ini sekali gus dapat memberi sokongan kepada sistem infrastruktur di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Kenyataan Bursa Malaysia juga menunjukkan kontrak ini akan bermula pada 1 November 2019 ini sehingga 30 April 2025 nanti.