Artikel

Jho Low Serahkan Aset RM4 Bilion Kepada Kerajaan AS?

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) telah umum Low Taek Jho, atau Jho Low, telah serahkan aset sebanyak RM4.18 bilion kepada mereka.

Menurut DOJ, aset ini adalah wang yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low dan rakan-rakan sekutunya.

Perkara ini dikendalikan oleh Jabatan Kleptokrasi DOJ dan merupakan pengedalian aset terbesar jabatan ini sejak diwujudkan sepuluh tahun lalu.

Jika diluluskan mahkamah AS, pengedalian aset bernilai RM4.18 bil ini akan selesaikan dakwaan DOJ terhadap Jho Low.

Peguam Jho Low, Chris Christie, yang merupakan bekas gabenor negeri New Jersey menyatakan hasrat anak guamannya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam kes ini.