Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Singapore Airlines (SIA) telah melaksanakan perkongsian jangka panjang bagi perjanjian penebangan kedua-dua pihak.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata tertakluk kepada kelulusan kawal selia dari pihak berkuasa, syarikat penerbangan nasional mencadangkan untuk berkongsi hasil penerbangan antara Singapura dan Malaysia, dengan mengembangkan laluan berkongsi kod, dan mengambil bahagian dalam aktiviti pemasaran bersama untuk membangunkan aktiviti pelancongan.
Perjanjian baru ini juga termasuk anak syarikat SIA, SilkAir dan Scoot, serta Firefly, syarikat penerbangan MAB. Ia mengikuti pemeteraian memorandum persefahaman pada bulan Jun 2019, yang bertujuan untuk memberi manfaat pelanggan baru serta peluang perniagaan baru.
MAB dan SIA berhasrat untuk menyelaraskan jadual penerbangan untuk pelanggan supaya mereka memiliki lebih banyak pilihan dan frekuensi penerbangan untuk kemudahan.
Malah, kedua-dua kumpulan syarikat penerbangan itu juga merancang untuk menawarkan produk tambang bersama, menyelaraskan program korporat untuk meningkatkan cadangan nilai kepada pelanggan, dan meneroka perhubungan antara program – program lain.