Bermula 28 November hingga 2 Disember 2019 ini, acara julung kali Hari Usahawan Negara 2019 (HUN 2019) akan berlangsung bagi memartabatkan platform para usahawan tempatan.
Anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) ini dijangka akan dihadiri lebih 1,000 syarikat usahawan yang terdiri daripada sektor pembuatan, perkhidmatan serta makanan.
Acara ini turut melibatkan penyertaan sektor kerajaan dan swasta.
Menurut Datuk Seri Abu Hasan, Pengerusi HUN 2019 – Objektif pelaksanaan acara ini adalah untuk memperkasakan kedudukan para usahawan serta mengangkat kepentingan peranan mereka kepada sektor ekonomi negara pada peringkat antarabangsa.
Antara aktiviti yang akan disertakan adalah platform perkongsian ilmu. Di mana ia meliputi bahagian gerai jualan, forum serta bengkel kemahiran.