Aeon Credit Services Bhd, sebuah pemberi kredit bukan bank terbesar di negara, akan menggunakan CTOS Data Systems Sdn Bhd untuk menentukan identiti maya pelanggan.
Produk ini dinamakan eKYC (electronic ‘know-your-customer’).
eKYC ini membolehkan Aeon meneliti, beri verifikasi, dan tentukan identiti pelanggan mereka serta merta.
Ini boleh dilakukan menggunakan alat mudah alih, atau web.
Tujuan Aeon melakukan ini sekarang adalah kerana ia membolehkan mereka tentukan sama ada mana-mana pelanggan mereka sesuai atau tidak untuk perolehi kredit.
Ini membolehkan pelanggan mengetahui dengan cepat sama ada mereka boleh menerima kredit daripada Aeon melalui produk-produk yang ditawarkan.