Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada acara perasmian Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 – mengatakan negara bersedia untuk memulakan era pertumbuhan baharu.
Kerajaan akan memperbaiki keadaan fiskal negara dengan menyusun kembali operasi ekonomi negara.
Pembaharuan susunan pengurusan ini meliputi beberapa kepentingan ekonomi lain seperti, mempertingkatkan ketelusan pengurusan koporat, melonjakan keseimbangan dan kedudukan fiskal negara.
Turut difahamkan, pembaharuan ini berteraskan kepada pengetahuan dan faktor untuk memperkasakan kehidupan rakyat.
Meskipun negara memiliki bebanan hutang yang besar, Tun Mahathir percaya ekonomi Malaysia selain memiliki kekuatan tersendiri, negara juga mampu melaksanakan kemajuan daripada perolehan sumber daripada pelbagai sektor negara.
Sektor koporat juga disarankan untuk meneliti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) sebagai panduan untuk sasaran ekonomi.