Artikel

PMB Klang, Anak Syarikat Press Metal Rancang Beli Pegangan Berjumlah RM43.182 Juta

PMB (Klang) Sdn Bhd, anak syarikat Press Metal Aluminum Bhd – telah merancang untuk membeli seluruh kepentingan ekuiti daripada tiga syarikat dibawah Everlast Aluminum (M) dengan jumlah RM43.182 juta. 

Tiga syarikat yang terlibat adalah PMB Central Sdn Bhd, PMB Northern Sdn Bhd, dan PMB Eastern Sdn Bhd. 

Selain itu, PMB Klang akan membeli seluruh kepentingan ekuiti PMB Aluminium Sabah Sdn Bhd daripada PMB Technology dengan nlai RM1.2 juta.

Seterusnya, Press Metal juga turut merancang akan menyediakan penyelesaian sehenti bagi sektor pembuatan dan perdagangan. Perihal ini dapat mewujudkan budaya saing yang lebih kompetitif dalam kalangan industri aluminium.