Artikel

Mahkamah Putuskan Merokok Di Kedai Makan Masih Haram

Tujuh perokok telah saman kerajaan menyatakan bahawa larangan merokok di kedai makan adalah melanggar undang-undang.

Mahkamah telah putuskan hari ini bahawa larangan dari merokok di mana-mana kedai makan masih berkuatkuasa.

Ini susulan Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan cabaran perlembagaan oleh tujuh perokok dalam kes ini.

Mahkamah menyatakan bahawa tindakan Kementerian Kesihatan untuk mengenakan larangan merokok ini tidak melanggar mana-mana undang.

Hakim Datuk Mariana Yahya berkata, larangan ini tidak menjejaskan hak saksama perokok kerana perokok-perokok ini masih boleh makan dan minum di tempat-tempat makanan ini, tetapi tidak boleh merokok dalam tiga meter dari premis kedai makan.

Hakim tidak menyatakan kos kes ini.

Kumpulan tujuh perokok ini membawa kes ke mahkamah kerana mereka menyatakan bahawa larangan merokok ini melanggar undang-undang perlembagaan, secara terperincinya, Artikel 5 (kebebasan seseorang) dan Artikel 8 (Kesaksamaan) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan tidak mendengar pandangan perokok terlebih dahulu sebelum mengenakan larangan ini.

Maka tindakan kerajaan tidak mengikut piawaian.