Artikel

IOI Corp Yakin Larangan Kelapa Sawit Oleh India Beri Kesan Minima

IOI Corp Berhad nyatakan bahawa sekiranya India melarang kelapa sawit dari dieksport ke negara itu akan beri kesan impak yang minima.

Ini kerana negara itu bukanlah pelanggan langsung kepada syarikat ini.

Namun demikian, IOI berkata India merupakan pelanggan secara tidak lansung kepada IOI kerana apa yang dieskport, akan diubah dari segi produksi dan kemudiannya akan dihantar ke India. Namun demikian, jumlahnya amat sedikit. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IOI, Datuk Lee Yeow Chor kata, harga sawit mentah (CPO) dijangka akan meningkat sehingga RM2,600 satu tan menjelang April 2020.

Beliau berkata, ini kerana pengeluaran minyak sawit mentah akan terjejas kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Beliau juga berpendapat, cuaca kering ini akan berlanjutan buat sementara waktu, dan akan menjejaskan pengeluaran minyak sawit ke pasaran dunia.